Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

Tips Rawatan Anak Demam Di Rumah

Berikut tips rawatan anak demam yang boleh dilakukan dari rumah jika ianya tidak terlalu teruk.

Umumnya, demam merupakan gejala dan bukan penyakit.
Ianya boleh di kawal dari rumah jika gejala tidak teruk dan tahu cara mengatasinya.

Tanda dan gejala

Antara tanda dan gejala demam yang anda dapat kenalpasti selain mengunakan alat pengukur suhu, adalah;

  • Badan panas bila disentuh
  • Pernafasan meningkat
  • Muka menjadi merah
  • Tidak aktif dan lemah
  • Sentiasa mahu tidur
  • Resah gelisah
  • Tiada selera makan
  • Menggigil

Tips Rawatan Anak Demam

Antara tips dan langkah rawatan anak demam yang boleh anda lakukan di rumah sebelum datang ke pusat kesihatan, adalah;

Ukur Suhu Badan

Jika terdapat tanda-tanda demam pada anak, segera periksa/ukur suhu badan dengan termometer.
Selain itu anda boleh pegang dahi/badan/ketiak anak untuk memastikan ianya panas melebihi daripada biasa.

Namun cara pegang dahi adalah kurang relevan masa kini kerana ianya sukar untuk mengukur suhu sebenar.
Jika anda belum memiliki termometer, anda boleh beli di farmasi berdekatan atau secara online.

Contoh termometer yang anda boleh pilih; Biocare Infrared Thermometer Non-contact Forehead Thermometer

Berikan Ubat Demam

Umumnya ubat yang biasa di gunakan adalah Paracetamol(PCM).

Boleh berikan jenis syrup/tablet mengikut kesesuaian anak anda.

Cara pengiraan ubat PCM;
15mg/kg(15mg untuk setiap 1kg berat anak)
Dos/kepekatan ubat yang biasa adalah; 250mg/5ml dan 120mg/5ml
Formula mudah untuk ubat yang perlu diambil adalah;
(15mg x (berat anak) kg / Dos atau kepekatan PCM) x 5ml

Contohnya;

15mg x 10kg = 150mg

120mg bahagi 150mg = 1.25

1.25 x 5ml = 6.25mls

Jumlah yang perlu diberikan adalah: 6.25mls

*Berhati-hati dengan dos ubat.
*Pastikan dos yang di berikan adalah betul kerana jika tersalah, ianya boleh memudaratkan anak anda.

Lap Dahi dan Badan

Basahkan tuala dengan air paip kemudian lap anak anda.
Namun, adalah lebih baik jika anda dapat pujuk atau bawa anak anda mandi.

Pakaian Nipis

Pakaian juga mengambil peranan yang penting dalam rawatan demam.
Fungsi pakaian nipis adalah untuk membantu mempercepatkan penurunan suhu badan.
Jangan sesekali pakaikan selimut kerana ianya akan meningkatkan suhu badan anak anda.

Minum Air Banyak dan Kerap


Keseimbangan cecair dalam badan akan terganggu ketika anak demam.
Maka dengan itu, pemberian air yang banyak akan membantu menjaga tahap keseimbangan air dalam badan tetap terjaga.

Berikut jumlah air yang anak anda perlukan dalam sehari.

  • 0 – 6 bulan: 680mL susu
  • 6 – 12 bulan: 800 – 1000mL sehari (terutamanya susu, 2-4 auns air sehari)
  • 1 – 3 tahun: 1100 – 1200mL sehari
  • 4 – 8 tahun: 1600mL sehari
  • Kanak-kanak perempuan berusia 9 – 13 tahun: 1900mL sehari
  • Kanak-kanak lelaki berusia 9 – 13 tahun: 2100mL sehari

Makanan yang Mudah Di Hadam


Selera anak akan terganggu ketika demam.
Oleh yang demikian, makanan yang mudah di hadam seperti sup dan bubur amat membantu mengekalkan anak anda tetap bertenaga.

Pantau Suhu dan Keadaan Anak

Jangan biarkan anak anda tidur sendirian supaya anda dapat pantau dengan lebih kerap.
Kawal suhu agar tidak melebihi 39°C bagi mengelakan sawan.
Namun jika keadaan demam anak anda tetap tidak dapat di kawal/tidak turun, adalah di nasihat anda segera ke pusat kesihatan agar perkara yang tidak di ingini berlaku.

Biarkan berehat ditempat

Pastikan si manja berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
Buka ruangan udara seperti tingkap dan pastikan ianya mendapat ventilasi yang baik.

Baca Juga: 13 Jenama Pulse Oximeter Terbaik & Murah Lulus KKM(MDA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *