Ibu & Bapa,  Kelengkapan,  Pemakanan

15 Susu Formula Bayi [0-12bulan] Terbaik di Malaysia, 2024

Berikut susu formula bayi 0-12bulan terbaik dan popular menjadi pilihan ibubapa di Malaysia.

Susu formula bayi adalah altenatif terbaik ibu yang mengalami masalah;

  • Kurang susu.
  • Mempunyai masalah kesihatan.
  • Mengalami kekangan dalam pemberian susu badan sepenuhnya.

Setiap ibu yang baru melahirkan anak tentu bimbang dengan masalah kurang susu badan.
Khususnya, ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Hal ini dapat di atasi dengan pemberian susu formula bagi memastikan bayi mendapat makanan cukup dalam menyokong tumbuhbesar optima.
Di pasaran terdapat pelbagai pilihan susu formula untuk bayi.
Ianya sudah pasti merumitkan ibubapa membuat pilihan yang sesuai dan terbaik.

Oleh sebab itu, artikel ini akan bantu anda untuk senaraikan susu formula bayi terbaik yang popular di Malaysia.

Namun perlu ingat!
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.
Sebelum membuat keputusan untuk menggunakan mana-mana produk susu formula, sila minta nasihat pakar kesihatan.

Senarai Susu Formula Bayi Terbaik [0-12bulan]

Antara susu formula bayi yang menjadi pilihan ibubapa di Malaysia, adalah;

1 Enfalac Baby

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Enfalac baby langkah 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan.
  • Rumusannya juga mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya.
  • Susu ini di rumus dengan gabungan rumusan prebiotik GOS dan PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

2 Mamex Langkah 1

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu formula ini membantu dalam sistem penghadaman dan immunisasi intestin bayi.
  • Mempunyai DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, Protein, Calcium, Zinc, Iron, Idine.

3 Lactogen Langkah 1

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu ini diperkaya dengan khasiat seperti Omega 3 and 6, DHA, probiotic Lactobacillus Reuteri, Taurine dan L-Carnitine.
  • susu formula ini mudah dihadam. Sangat sesuai untuk bayi sembelit.
  • Susu formula ini dapat membantu mengurangkan masalah jaundis (kekuningan) kepada bayi yang baru dilahirkan.
  • Kelebihan utama susu formula ini adalah dikeluarkan oleh pengeluar tempatan(Malaysia) iaitu Nestle.
  • Harga susu ini juga sangat berpatutan jika dibanding dengan susu formula Langkah 1 jenama lain.

4 Anmumlac Langkah 1

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu  formula yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi.
  • Sangat membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kerana mengandungi Nukleotida, Kalsium, Zink, Vitamin A, C, D3, Zat besi dan Iodin.
  • Susu ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman di usus macam sembelit dan cirit birit.

5 BEBELAC 0-12 Bulan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kandungan nutrisi membantu masalah penghadaman
  • Bebelac Rumusan Bayi mengandungi DHA, AA dan Inulin.
  • Kandungan nutrisi memenuhi kandungan yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO)
  • Elakkan dari diarrhea (cirit-birit)
  • Sesuai untuk bayi sembelit
  • Sesuai untuk bayi tambah berat badan

6 Susu Formula SNOW Neo 0-9 bulan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Sesuai untuk bayi newborn yang mengalami Jaundis
  • Rasa macam susu ibu
  • Menambahkan nutrisi

7 Susu Formula Frisolac Comfort/AR

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Di rumus khusus untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit.
  • Susu ini mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida yang diperlukan oleh bayi.
  • Diformulasikan dengan gum kacang carob.
  • Mengandungi serat dan bersifat memekat untuk memberikan bantuan kepada gejala muntah, sembelit dan kembung yang dialami oleh bayi.
  • Ini adalah susu formula terbaik di pasaran untuk bayi yang sembelit.
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi

8 Dupro 1 0-12bulan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Formula selaras dengan standard WHO (World Health Organization)
  • Mempunyai nutrisi DHA, Kalsium, Vitamin A dan sebagainya yang menyokong pertumbuhan dan penambahan berat badan bayi.

9 Similac Neosure 0-12 Bulan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Sesuai untuk bayi pramatang dan bayi kurang berat badan
  • Mengadungi khasiat yang diperlukan oleh bayi tidak cukup bulan dan tidak mengandungi hormon pembesaran semulajadi.
  • Mempunyai DHA untuk perkembangan otak dan lutein untuk kesihatan mata.
  • Kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral yang banyak untuk menolong bayi prematur atau pramatang.
  • Menyokong perkembangan bayi dari segi berat badan, panjang dan juga diameter kepala bayi.

10 Dutch Baby 0-12bulan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Harganya lebih murah dan mudah di dapatkan.
  • Sesuai ibubapa yang mempunyai anak ramai dan masih menyusu.
  • Walaupun harga yang murah, ia tetap membekalkan nutrisi penting yang diperlukan oleh anak kita seperti DHA, AA dan protein.

11 Nan HA Stage 1 Hypoallergenic

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu ini sesuai untuk bayi yang berisiko untuk mempunyai alergi atau alahan.
  • Susu ini mungkin mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding susu lain kerana telah melalui proses hidrolisis.
  • Rumusan susu membantu meningkatkan microflora usus dan mengurangkan kejadian cirit-birit.
  • Susu ini juga mengandungi Probiotik yang bagus untuk usus bayi.

12 Wyeth S26 SMA Step 1

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan.
  • Ianya membantu proses perkembangan awal dan meningkatkan pertumbuhan bayi.
  • Susu Formula S26 SMA ini dilengkapi dengan AA, DHA, 5 Nukleotida, Lutein, Kalsium dan a-Protein.

13 Susu Formula S26 GOLD SMA Langkah 1

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu S26 Gold SMA Langkah 1 ialah susu premium dari Wyeth.
  • Susu ini antara susu bayi paling mahal di Malaysia.
  • Alpha Lipid ini penting untuk perkembangan sistem saraf dan menyumbang kepada sambungan sel-sel otak yang lebih pantas.

Apa beza susu S26 SMA dan S26 GOLD SMA? S26 GOLD SMA mempunyai lebih banyak khasiat berbanding S26 SMA. Paling penting S26 GOLD SMA mengandungi Alpha Lipid.

14 Bellamys Organic Equifina Infant

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu yang 100% organic rumusan khas untuk bayi 0-6 bulan.
  • Mempunyai lebih kandungan protein whey untuk penghadaman
  • Produk tenusu yang di hasilkan daripada lembu yang berkualiti
  • Tiada bahan GMO
  • Susu dari Australia

15 Susu Formula Fernleaf Instant

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Susu segar yang dirumus khas daripada New Zealand
  • Pengeluar yang sangat dipercayai dalam jenama susu terkemuka.
  • Hasil tenusu yang diperoleh daripada sapi berkualiti.
  • Rumusan ini sesuai untuk bayi 0-12 bulan.

Berapa Lama Susu Formula Bertahan Selepas di Bancuh?

Susu formula yang telah dibancuh sebaiknya digunakan secepat mungkin dalam lingkungan masa 1 jam.
Ini kerana bakteria dapat berkembang dan membiak dengan cepat dalam susu yang telah dibancuh, terutama jika dibiarkan pada suhu bilik atau suhu panas dalam masa yang lama.
Jika bayi tidak segera menghabiskan susu formula yang dibancuh, lebih baik membuang sisa susu setelah 1 jam selepas di minum.

Jika si kecil tidak minum susu yang sudah dibancuh dalam masa 1 jam, anda boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk.
Anda boleh keluarkan semula susu yang telah disejukkan tadi dan berikan terus pada bayi anda.

Ingat ya, jangan pernah panaskan semula susu formula yang telah dibancuh lebih dari sekali kerana susu tersebut mudah rosak.
Penting untuk sentiasa utamakan keselamatan dan kesihatan bayi dengan ikuti panduan penyimpanan dan penggunaan susu formula yang disarankan oleh pakar atau doktor.

Baca Juga;

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *