• Ibu & Bapa,  Penjagaan

    8 Kesan Selalu Marah Anak yang Ibubapa Wajib Tahu

    Berikut adalah kesan selalu marah dan pukul anak yang ibubapa perlu ketahui. Marah dan pukul bukanlah cara yang sesuai untuk mendidik anak. Ibubapa terlalu kerap memarahi dan memukul anak memberi kesan yang tidak baik. Kita tahu setiap ibubapa ingin anak menjadi yang terbaik dan selalu patuh. Sebenarnya bagaimana cara kita melayan atau medidik anak begitulah sikap anak akan terbentuk. Bak kata pepatah melayu mengatakan “Bagaimana acuan begitu lah kuihnya”. Menurut kajian kesan selalu marah dan pukul anak menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif. Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa…

  • Ibu & Bapa,  Penjagaan

    9 Cara Mengatasi Masalah Anak Kencing Malam

    Berikut cara mengatasi masalah kencing malam pada anak yang anda boleh cuba. Kencing malam (atau enuresis nokturnal) adalah masalah yang biasa berlaku dalam perkembangan kanak-kanak. Namun, ia boleh menjadi sumber kebimbangan bagi ibu bapa dan anak-anak yang mengalaminya. Ia merujuk kepada keadaan di mana seorang kanak-kanak masih mengalami kejadian kencing dalam tidur walaupun selepas usia yang biasa. Oleh itu, artikel ini akan memberikan panduan dan tanggungjawab ibubapa dalam mengatasi masalah kencing malam pada anak. Panduan & Tanggungjawab Ibubapa Antara panduan dan tanggungjawab ibubapa, ialah; 1 Memahami Punca Kencing Malam Langkah pertama dalam mengatasi masalah kencing malam adalah memahami punca-punca yang mungkin menyebabkannya. Beberapa punca yang biasa, termasuklah: Kematangan Fisiologi; Beberapa…

  • Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

    13 Pulse Oximeter Terbaik & Murah Lulus KKM(MDA), 2024

    Berikut peranti pulse oximeter terbaik dan murah yang popular serta lulus KKM yang di gunakan di Malaysia. Pulse oximeter sudah menjadi alatan kesihatan yang wajib ada di setiap rumah pada masa kini. Terutamanya mereka yang mempunyai bayi. Ianya amat berguna untuk membaca paras oksigen dalam darah. Di Mana Boleh Mendapatkan/beli Pulse Oximeter? Anda boleh dapatkannya di farmasi berhampiran dengan anda. Selain itu, ada juga boleh beli di Watson atau melalui pasaran Online. Tips Memilih Pulse Oximeter Terbaik Pastikan pulse oximeter yang anda beli telah disahkan oleh Medical Device Authority (MDA) atau KKM. Ini kerana, pengimportan dan pengedarannya dalam pasaran dikawal oleh MDA di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).…

  • Ibu & Bapa,  Pemakanan

    9 Makanan Tambahan Bayi [Jenis Yogurt] Popular, 2024

    Makanan tambahan untuk bayi amat penting dalam membantu tumbuhbesar bayi. Yogurt adalah salah satu makanan tambahan yang boleh diamalkan para ibubapa. Produk ini merupakan olahan susu yang memiliki manfaat yang baik untuk si manja dalam tumbuhbesar. Tambahan pula, dengan kandungannya yang terdiri dari kalsium, kalium, magnesium, protein, vitamin B12, hingga vitamin B2. Kandungan probiotik di dalam yogurt sendiri memiliki lactobacillus dan bifidobacterium yang bermanfaat untuk melancarkan pencernaan serta meningkatkan sistem imun. Ibubapa perlu tahu bahawa si manja yang sudah berusia 6-12 bulan boleh diberikan suku atau separuh cawan yogurt. Di pasaran terdapat banyak jenis yogurt dengan pelbagai rasa, bentuk dan manfaatnya. Dengan itu, sikecilku.com akan membantu ibubapa diluar sana dalam…

  • Kesihatan,  Penjagaan

    5 Tips Penjagaan Mata Kanak-kanak untuk Kesihatan

    Berikut tips penjagaan mata kanak-kanak yang ibubapa perlu ketahui. Mata merupakan indera penting yang memainkan peranan utama dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, menjaga kesihatan mata kanak-kanak adalah perkara yang penting. Anda yang berada di artikel ini, pastinya ingin mengetahui langkah penjagaan mata kanak-kanak yang betul. Jom! kita pelajari sama-sama. Tips Penjagaan Mata Kanak-kanak Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga mata kanak-kanak, adalah; Pemeriksaan Mata Berkala Penting untuk menjadualkan pemeriksaan mata berkala untuk kanak-kanak, walaupun mereka tidak mengalami masalah penglihatan yang ketara. Pemeriksaan mata yang teratur membantu mengesan masalah mata awal dan membolehkan rawatan yang lebih efektif jika diperlukan. Ibu bapa sebaiknya membawa kanak-kanak untuk pemeriksaan mata pertama…

  • sup ibu hamil
    Pemakanan,  Penjagaan

    Sup Ibu Hamil: Cara Masak Sup yang Betul & Berkhasiat

    Berikut sup ibu hamil yang paling sesuai dan mudah di sediakan. Kehamilan adalah salah satu fasa penting dalam hidup seorang wanita yang memerlukan perubahan besar dalam pemakanan dan gaya hidup. Semasa mengandung, penting untuk memastikan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu dan perkembangan si manja yang dikandunginya. Di Malaysia, salah satu hidangan yang popular di kalangan ibu mengandung adalah sup. Sup mengandungi pelbagai nutrien penting yang penting untuk pertumbuhan bayi dan kesejahteraan ibu. Dalam artikel ini, kita akan meneroka cara penyediaan sup ibu mengandung yang popular di Malaysia. Kenapa Sup Penting Semasa Kehamilan? Sebelum kita mula, mari kita kenalpasti mengapa sup adalah pilihan makanan ibu hamil.…

  • Ibu & Bapa,  Kelengkapan,  Kesihatan,  Penjagaan

    10 Sabun Botol Susu Selamat Digunakan Popular, 2024

    Berikut sabun botol susu terbaik dan selamat di gunakan yang menjadi pilihan ramai ibubapa di Malaysia. Secara umumnya, ibubapa pasti berfikir kelengkapan bayi ini tidak penting. Namun, hakikatnya sabun botol susu sangat penting. Ianya dapat membantu membersihkan botol susu dengan sempurna dan selamat untuk si manja. Sabun botol susu merupakan rumusan khusus untuk mencuci peralatan si manja. Anda yang berada di artikel ini, pastinya sedang mencari sabun botol susu yang selamat. Jom! Lihat senarainya. Senarai Sabun Botol Susu Terbaik Antara yang menjadi pilihan ramai ibubapa di Malaysia, adalah; 1 BZU BZU Foaming Cleanser Semak harga dibawah: Lihat di Shopee Lihat di Lazada 100% bahan berasaskan tumbuhan. Formula yang mudah dibilas.…

  • Ibu & Bapa,  Kelengkapan,  Pemakanan

    12 Kerusi Makan Bayi Terbaik & Popular Di Malaysia 2024

    Berikut kerusi makan bayi terbaik dan popular menjadi pilihan ibubapa di Malaysia. Memiliki kerusi makan bayi merupakan pilihan yang tepat untuk memberikan keselesaan sempurna kepada si manja ketika makan. Selain itu, ianya juga alat bantu untuk kita mengajar anak boleh makan sendiri dan duduk diam ketika makan di luar. Semua pembelajaran bermula dari rumah. Oleh itu, kerusi makan bayi ini amat penting. Dalam pasaran kini, terdapat pelbagai pilihan dan sudah pasti menyukarkan kita untuk memilih yang terbaik dan sesuai. Namun, usah risau! kami akan bantu anda senaraikan yang terbaik. Jom! Lihat senarainya. Senarai Kerusi makan Bayi Terbaik dan Popular Antara kerusi makan bayi yang menjadi pilihan ibubapa di Malaysia, adalah;…

  • Ibu & Bapa,  Kelengkapan,  Penjagaan

    5 Cara Potty Train yang Mudah & Berkesan

    Berikut cara potty train yang ibubapa boleh cuba untuk pastikan ianya berjaya. Potty train adalah langkah terbaik untuk memisahkan anak anda dengan lampin/diaper. Jika ianya berjaya, ini merupakan pencapaian penting dalam perkembangan anak-anak. Apakah Potty Train? Proses melatih kanak-kanak menggunakan tandas untuk buang air kecil dan buang air besar. Biasanya, latihan bermula dengan peranti berbentuk mangkuk tandas yang lebih kecil. Peranti potty train yang boleh anda pilih; Toilet Trainer Ladder Nursery for Kids Chair – RC27 Potty Urinal Training Simulation Toilet Seat Kids – RF12 Potty Training Toilet Seat Super Soft Cushion with Handle Cartoon Kids Toilet Training Potty and Seats Children’s Toilet Pedestal Pan Bilakah Masa yang Sesuai Potty…

  • Tanda-Tanda dan Cara Mengatasi Anak Kembung Perut
    Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

    Tanda-Tanda & Cara Mengatasi Anak Kembung Perut

    Berikut tanda-tanda dan cara mengatasi anak kembung perut yang ibubapa prlu ketahui. Umumnya, kembung perut tiada kesan jangka masa panjang. Anda hanya perlu lalui tempoh tangisan yang lama dari anak anda, selain daripada itu tiada apa yang perlu anda risaukan. Ibubapa perlu tenang menghadapi situasi seperti ini jika berlaku pada anak anda. Perkara penting yang wajib ibubapa ketahui adalah tanda-tanda dan cara mengatasi anak kembung perut agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk apabila tidak di rawat lebih awal. Apa itu kembung perut? Menurut maksud perubatan, kembung perut itu adalah di mana anak anda menangis secara berlebihan, kerap berlaku dan lama yang terjadi pada seorang bayi yang sihat. Anak anda…