10 Khasiat Buah Naga Untuk Ibu Hamil
Khasiat buah naga untuk ibu hamil yang ramai ibubapa di Malaysia tidak tahu.
Buah Naga juga dikenali sebagai pitaya, adalah sejenis buah yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Selain dari rupa yang menarik dan rasanya yang sedap, buah ini juga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk ibu hamil.
Buah naga mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong kesihatan ibu hamil dan perkembangan janin.
Khasiat Buah Naga
Berikut adalah khasiat buah naga untuk ibu hamil yang ramai ibu-ibu di luar sana tidak ketahui, antaranya;
1 Kaya dengan Nutrien
Buah naga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, zat besi, kalsium, dan serat.
- Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi, yang amat penting untuk mencegah anemia semasa kehamilan.
- Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah, manakala kalsium menyokong perkembangan tulang janin.
2 Antioksidan yang Tinggi
Buah naga kaya dengan antioksidan seperti betalain dan betasianin.
Ianya berfungsi membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Ibu hamil berisiko lebih tinggi terdedah kepada radikal bebas semasa proses kehamilan.
Oleh itu, ianya memerlukan antioksidan yang ada pada buah naga sangat penting.
3 Peningkatan Sistem Pencernaan
Serat dalam buah naga membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.
Ibu hamil sering menghadapi masalah sembelit.
Oleh itu, pengambilan serat yang mencukupi daripada buah naga dapat membantu mengatasi masalah ini.
4 Pengurangan Mual dan Muntah
Buah naga dapat membantu mengurangkan simptom mual dan muntah.
Lazimnya ibu hamil, terutamanya semasa trimester pertama gejala ini pastinya menjadi masalah utama mereka.
Oleh itu, kandungan air buah naga yang tinggi dan teksturnya yang lembut dapat memberikan kelegaan kepada ibu hamil.
5 Menyokong Pertumbuhan Janin
Vitamin B kompleks buah naga penting untuk pembentukan sel-sel saraf dan perkembangan sistem saraf janin.
Asid folik, satu jenis vitamin B, amat penting untuk mencegah kecacatan tabung neural pada janin.
6 Meningkatkan Tenaga
Pengambilan buah naga dapat memberikan tenaga tambahan kepada ibu hamil kerana ia mengandungi karbohidrat dan gula semulajadi.
Ini dapat membantu mengurangkan keletihan dan pening yang biasa dialami semasa kehamilan.
7 Menyegarkan Badan
Kandungan air dalam buah naga membantu dalam penghidratan badan, terutamanya ketika cuaca panas atau semasa ibu hamil menghadapi masalah dehidrasi.
8 Pengurangan Risiko Prakelahiran
Ibu hamil yang menghadapi risiko prakelahiran, pengambilan buah naga dapat membantu memperkuat dan menstabilkan rahim.
Walaupun tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada rawatan perubatan, buah naga dapat menyumbang kepada kesejahteraan rahim.
9 Meningkat Hemoglobin (Hb)
Masalah kekurangan Hb adalah perkara yang sering kita dengar semasa hamil.
Ianya pasti menganggu emosi semasa kehamilan.
Ibu-ibu yang mengalami masalah ini, boleh cuba masukan buah naga sebagai diet tambahan.
Hal ini kerana, buah naga mempunyai kandungan zat besi dan vitamin C yang membantu meningkatkan jumlah Hb pada ibu hamil.
10 Mengawal Gula Dalam Darah
Ibu hamil dan gestational diabetes mellitus (GDM) sering kali berkait rapat.
Ini kerana ibu hamil sangat sensitif dengan gula.
Makan gula sikit pun boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik mendadak.
Namun, jika di biarkan ianya akan memudaratkan bayi dalam kandungan si Ibu.
Jadi, jika teringin makan buah-buahan semasa mengandung, buah naga adalah pilihan yang terbaik.
Kesimpulannya
Buah naga adalah sumber nutrien yang bermanfaat untuk ibu hamil.
Walau bagaimanapun, seperti dalam mana-mana pemakanan, ibu hamil perlu mengambilnya secara sederhana dan seimbang.
Selain itu, mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menambahkan buah naga atau mana-mana makanan baru ke dalam diet harian adalah sangat penting.
Hal ini kerana tahap kesihatan setiap ibu adalah berbeza.