Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

Cara Bersihkan Telinga Bayi dengan Selamat & Betul

Berikut cara bersihkan telinga bayi yang betul perlu ibubapa tahu.

Menjaga kebersihan bahagian badan bayi seperti telinga adalah sangat penting.
Tujuan membersihkan telinga si manja adalah untuk mengurangkan potensi risiko jangkitan telinga yang tidak baik untuk kesihatan.

Selain itu, dia akan lebih selesa apabila telinganya bersih daripada kotoran.
Namun untuk melakukan pembersihan telinga,  ibubapa perlu ada beberapa peralatan ini.

Cara Bersihkan Telinga Bayi Yang Betul

Setelah mempunyai peralatan membersihkan telinga, siapkan si manja.
Pastikan si manja dalam keadaan tenang agar memudahkan anda melakukan pembersihan.
Jom! bersihkan telinga si manja;

Bersihkan Bahagian Luar

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menyediakan tuala bayi dan air suam.
Celupkan tuala dalam air suam, kemudian peras tuala sehingga tiada air yang tinggal.
Selepas itu bersihkan bahagian luar telinga bayi dengan lembut.

Bersihkan Bahagian Dalam

Sediakan minyak bayi seperti Minyak Zaitun. Ianya untuk melembabkan tahi telinga agar lebih mudah keluar.

Kemudian, titis minyak ke dalam telinga dan tunggu beberapa minit.
Tahi telinga menjadi lembut dan keluar dengan sendirinya dari saluran telinga. Anda tidak perlu mengambilnya.

Cara ini akan mengambil masa yang agak lama namun sudah pasti selamat.
Jika ianya belum bersih, lakukan berulang sehingga anda rasa bersih.

Gunakan Cecair Pembersih Jika Perlu

Jika telinga anak kecil anda kelihatan kotor, anda boleh menggunakan cecair pembersih telinga.
Ini adalah versi lain tentang cara membersihkan telinga bayi anda.

Cecair pembersih telinga ini secara amnya agak selamat untuk kanak-kanak.
Jika ragu-ragu, anda boleh berjumpa doktor terlebih dahulu.

Cara Mengunakan Cecair Pembersih Dengan Betul

  • Sediakan cecair pembersih.
  • Baca arahan untuk maklumat yang terkandung pada pembungkus cecair pembersih
  • Basuh tangan dengan bersih dengan air yang mengalir
  • Pastikan bayi anda tenang apabila anda akan membersihkan telinganya dengan cecair pembersih
  • Condongkan kepala bayi anda supaya telinga menghadap ke atas
  • Untuk meluruskan kedudukan saluran telinga, Ibu boleh menarik cuping telinga bayi
  • Titiskan cecair pembersih ke dalam saluran telinga bayi anda dengan perlahan
  • Jangan biarkan bayi anda menukar kedudukan dan biarkan bayi di sisinya selama 5 minit sehingga cecair pembersih telinga benar-benar masuk ke dalam telinganya
  • Tutup lubang telinga bayi anda dengan kapas bulat supaya cecair pembersih telinga tidak mengalir keluar

Apakah Kesan Buruk Jika Tidak Bersihkan Telinga

Kotoran telinga yang terkumpul boleh menyebabkan perkara buruk berikut;

  • Telinga tidak selesa dan gatal
  • Sakit telinga yang sukar diubati
  • Gangguan pendengaran
  • Telinga berdesing
  • Jangkitan saluran telinga luar
  • Jangkitan telinga tengah
  • Gegendang telinga pecah

Bilakah Masa yang Tepat untuk Bersihkan Telinga Bayi?

Anda hendaklah membersihkan telinga bayi anda sekurang-kurangnya 2 minggu sekali iaitu selepas dia mandi.
Jika kotoran kelihatan tidak terlalu banyak terkumpul, anda boleh membersihkan bahagian luar telinga sahaja.

Tidak perlu membersihkan ke dalam saluran telinga.
Namun, jika tahi telinga terlalu banyak dan menyebabkan anak tidak selesa sebaiknya berjumpa pakar paediatrik.

Senarai Peralatan Membersihkan Telinga Bayi

Antara peralatan yang digunakan dalam pembersihan telinga si Manja, adalah;

1 LED Ear Pick Rechargeable

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Perkakas ini paling popular kerana ianya sangat membantu dan lebih selamat digunakan.

2 Cotton Bud

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Perkakas ini untuk membantu mengeluarkan tahi telinga.

3 Minyak Zaitun

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Minyak zaitun berfungsi untuk pelbagai kegunaan. Ianya paling popular antara pengguna di Malaysia.

4 Anakku Baby Oil

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Ianya selamat untuk kegunaan luar sahaja. Perkakas ini membantu melembutkan tahi telinga.

5 Cerumol Ear Drops

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Minyak ini bertujuan melembutkan tahi telinga agar lebih mudah di keluarkan.

Alatan Tambahan

TUALA BAYI COMEL

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Tuala bertujuan untuk membendung bayi jika perlu. Ini kerana si manja pastinya tidak boleh duduk diam semasa membersihkan telinga.
Baca Juga: Cara Mandikan Bayi dengan Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *