10 Punca Bayi Muntah Susu Selepas Menyusu
Berikut sebab-sebab bayi muntah susu selepas menyusu yang ibubapa perlu ketahui.
Umumnya, ianya normal dan tidak perlu di risaukan.
Tapi, jika bayi anda selalu muntah dalam kuantiti yang banyak, ibu perlu ambil perhatian!
Ini kerana, muntah susu yang banyak mungkin boleh membahayakan kesihatan bayi anda.
Punca Bayi Muntah Susu
Antara penyebab bayi muntah susu yang sering berlaku, adalah;
1 Asid refluks
Refluks atau refluks gastro-oesophageal terjadi apabila injap otot pada hujung saluran makanan sedang berkembang.
Apabila perut bayi penuh, makanan dan asid perut boleh mengalir keluar semula dari saluran makanan mereka.
Refluks akan menyebabkan bayi muntah susu setiap kali selepas menyusu.
Selain itu, ia juga menyebabkan bayi tersedu (hiccup).
Namun, jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar menyusu dengan baik, sebaiknya segera berjumpa doktor.
2 Alahan susu formula
Jika bayi minum susu formula, ianya mungkin alah pada susu tersebut.
Sistem penghadaman bayi memberi reaksi pada protein susu formula dan menyebabkan bayi muntah susu.
Selain itu, bayi mungkin mengalami intoleransi laktosa.
Bayi mengalami masalah untuk menghadam laktosa iaitu gula semula jadi yang ada dalam susu.
3 Gangguan pada perut
Jika bayi muntah susu secara tiba-tiba dan disertai dengan cirit-birit, bayi mungkin mengalami gangguan pada perut seperti gastroenteritis.
Gastroenteritis berlaku disebabkan daripada jangkitan bakteria.
Rujuk pada doktor dengan membawa sampel najis bayi untuk mengetahui cara terbaik untuk merawatnya.
4 Minum susu terlalu banyak
Secara umumnya, apabila perut penuh dan terlampau kenyang kita akan merasa ingin muntah.
Menyusu terlalu banyak akan membuatkan perut bayi penuh sehinggakan menjadi punca bayi selalu muntah selepas menyusu.
Oleh itu, para ibu disarankan untuk menyusukan bayi sedikit demi sedikit tetapi kerap.
5 Jangkitan atau penyakit
Bayi yang kurang sihat juga akan mengalami masalah ini. Sistem penghadaman bayi akan terganggu.
Anda mungkin akan perasan tanda-tanda seperti ini;
- Demam
- Kurang selera makan
- Fussy
- Keletihan
- Ruam
- Batuk
- Hidung sumbat
6 Posisi menyusu yang kurang selesa
Posisi yang tidak selesa juga penyebab kepada masalah ini. Bayi yang baru lahir mungkin belum biasa dengan posisi menyusu baring.
Oleh sebab itu, ibu disarankan untuk memposisikan kepala bayi secara menegak semasa menyusu.
7 Lekapan penyusuan yang salah
Lekapan yang salah pada puting payudara mendorong bayi menghisap terlalu banyak udara bersama susu.
Oleh itu, bayi akan lebih kerap sendawa dan mengakibatkan susu keluar semula.
8 Tidak sendawakan selepas menyusu
Amalan menyendawakan selepas menyusu sebenarnya amalan turun temurun.
Ianya juga saranan KKM dalam penyusuan susu ibu dengan teknik yang betul.
Oleh itu, para ibu diwajibkan menyendawakan bayi selepas menyusu agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.
9 Kerap mengurut badan bayi
Mengamalkan urut badan bayi dengan kerap khususnya selepas mandi boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut bayi berlaku.
Mengurut dengan betul dapat memberi ketenangan pada bayi lalu seterusnya melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot.
10 Botol susu yang tidak ditukar
Ramai orang tidak sedar, botol susu memainkan peranan yang penting dalam memberi pengalaman penyusuan yang terbaik pada bayi.
Pemilihan botol susu yang salah dan tidak diganti dalam tempoh masa yang lama boleh menjadi punca bayi muntah susu.
Baca Juga; Tanda-tanda dan cara mengatasi kembung perut