14 Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu Wajib Di Sediakan
Berikut senarai barang keperluan bersalin untuk ibu.
Khasnya untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan, sudah pasti bingung untuk membuat persiapan bagi menghadapi pengalaman yang mendebarkan tersebut.
Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan.
Jom! Lihat senarainya.
Senarai Barang Keperluan Bersalin untuk Ibu
Kebanyakan ibu yang hendak melahirkan pastinya telah menyiapkan keperluan untuk si manja.
Namun, keperluan untuk dirinya pasti akan terlupa atau terabai.
Oleh itu, artikel ini akan bantu mengingatkan keperluan yang perlu untuk ibu sediakan.
Antara barang keperluan yang wajid anda sediakan, adalah;
1 Tuala
Bawa tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital.
Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya.
Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
2 Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’
Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin.
Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor.
Pilih saiz yang lebih besar dan sediakan dalam jumlah lebih dari cukup.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Baca Juga: 12 Pad Bersalin Terbaik & Popular Di Malaysia
3 Baju & Kain Batik/Skirt
Keperluan ini diperlukan selepas bersalin khususnya ketika sudah boleh balik ke rumah.
Ketika berada di wad ianya tidak perlu sebab anda akan memakai baju wad yang telah pihak hospital sediakan.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
4 Jaket/Sweater Tebal
Suhu di wad hospital khususnya wad bersalin sememangnya sangat sejuk sehingga boleh membuatkan anda menggigil kesejukan.
Oleh itu, jaket tebal ataupun sweater sangat diperlukan sepanjang berada di wad terutamanya pada waktu malam.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
5 Stokin Maternity
Semua wad bersalin tersedia dengan penghawa dingin dan pastinya sejuk.
Oleh sebab itu, stokin tebal sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan.
Selain itu, ianya dapat memastikan keselesaan anda sepanjang berada di wad.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
6 Getah Rambut
Sebaiknya bawa getah rambut tambahan di dalam beg anda untuk keselesaan anda kelak.
Biasanya getah rambut akan sukar untuk ditemui apatah lagi selepas bertarung kesakitan untuk melahirkan.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
7 Tudung Sarung
Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk mudah digunakan sepanjang berada di wad bersalin.
Pastikan semua peralatan yang anda bawa memudahkan serta ringkas.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
8 Telekung
Bagi yang beragama islam, pastikan juga anda membawa telekung.
Jadi anda tidak perlu tercari-cari telekung lagi apabila ingin solat.
Ingat, solat adalah kewajipan bagi semua muslim.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
9 Seluar Dalam Pakai Buang Ibu Bersalin
Seluar dalam pakai buang sangat sesuai untuk persediaan ibu lepas bersalin sepanjang berada di wad hospital.
Hal ini kerana, ia boleh terus dibuang tanpa perlu membasuhnya.
Di hospital tidak ada atau sangat terhad tempat untuk menjemur pakaian basah.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
10 Nursing Bra
Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi.
Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Baca Juga: 10 Jenama Bra Penyusuan Terbaik & Popular Di Malaysia
11 Kit Penjagaan Diri
Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya.
Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
12 Selipar
Bawa sepasang selipar untuk dipakai di wad hospital. Jangan gunakan selipar yang bertumit.
Sebaiknya, beli selipar gepit untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anda.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
13 Minyak Angin
Minyak angin jangan lupa bawa.
Ia sangat penting untuk membantu melegakan pening kepala, loya, muntah, sakit perut dan sebagainya.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
14 Tisu
Sediakan juga tisu kering dan tisu basah untuk pelbagai kegunaan kelak.
Ia boleh digunakan untuk keperluan ibu dan juga bayi.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Jangan Bawa Barang-Barang Ini
- Minyak wangi- bahan yang digunakan untuk membuat minyak wangi tidak sesuai/selamat kepada si manja.
- Seluar jeans/ketat- ianya akan menyukarkan pergerakan anda.
- Baju ketat/mempunyai perhiasaan tajam pada baju
- Barang-barang perhiasan seperti gelang emas, rantai emas dan sebagainya.
- Kasut/selipar yang bertumit.
- Barang-barang larangan di hospital seperti rokok dan alkohol.
Penyediaan barang keperluan ini bergantung kepada keperluan diri anda sendiri.
Senarai ini hanya cadangan dan idea yang mungkin anda boleh jadikan sebagai rujukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan.
Nota:
- Pastikan anda sentiasa menyediakan beg bersalin di dalam kereta apabila sudah menghampiri waktu untuk bersalin.
Baca Juga: 10 Set Berpantang Terbaik Pilihan Ibu di Malaysia