Ibu & Bapa,  Penjagaan

Cara Mandikan Bayi dengan Betul

Berikut cara mandikan bayi dengan betul yang perlu ibubapa ketahui.

Khususnya, ibubapa yang baru bergelar ibu atau bapa, perkara ini sangat penting.

Cara mandikan bayi dengan betul adalah perkara penting dalam penjagaan si manja.
Ini dapat membantu mendapatkan keselesaan yang sepenuhnya kepada si manja.

Mandian bukan sahaja boleh merehatkan si manja, tetapi ia juga boleh memberi anda peluang untuk mengeratkan ikatan dengan anak.
Sebelum memandikan bayi, ibubapa perlu menyediakan tab mandi yang sesuai dan selesa kepada bayi.

Berikut contoh tab mandian bayi;

Tab Mandi Bayi

Cara Mandikan Bayi Dengan Betul

Berikut langkah mandikan bayi yang betul dan selamat;

Langkah 1

Isi tab mandian dengan air suam.
Bagi memastikan suhu yang sesuai, gunakan thermometer agar tidak terlalu panas atau sejuk.

Thermometer Suhu Air

atau

Periksa suhu air menggunakan bahagian siku anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.

Periksa Suhu Air Mengunakan Siku

NOTA: suhu yang sesuai adalah 37 darjah celcius.

Langkah 2

Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan.
Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.

Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja

Langkah 3

Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembabkan air suam.
Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata. Sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar.
Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya.

Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas. satu bebola satu kapas

Langkah 4

Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi, seperti ivy enfant.
Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, ivy enfant amat sesuai kerana ia dirumus 2 in 1.
Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.

Cuci Rambut Bayi Dengan Shampoo Bayi

Langkah 5

Cuci kawasan lampin dengan mencuci dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti.

Cara mandikan bayi dengan betul
Cuci kawasan lampin serta celah peha

Langkah 6

Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu.
Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan.
(Jika anda mengunakan aliran paip sinki, berhati-hati kerana suhu boleh berubah secara tiba-tiba)

biarkan sebentar si manja bermain air

Langkah 7

Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya.
Sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.

Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada

Langkah 8

Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya.
Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.

NOTA:

  • Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut mengikut pilihan anda.
  • Jangan pakaikan bedak kerana ia boleh menghakis kulit lembut si manja.

Petua Memandikan Bayi

  • Bersihkan apa-apa yang boleh anda lihat sahaja.
  • Jangan masukkan sebarang benda jauh ke dalam saluran telinga atau hidung bayi anda.
  • Setiap bayi adalah berbeza, tetapi sesetengah bayi tidak suka dimandikan sejurus selepas dia menyusu.
  • Ramai ibu mendapati waktu yang paling sesuai memandikan bayi adalah sebelum si manja menyusu atau makan.

Perlu Ingat!

JANGAN biarkan si manja bersendirian di dalam tab mandian.

Mandi adalah cara yang ideal untuk mewujudkan pemisah antara “masa sibuk” dan “masa tidur”.

Ia juga memberi anda peluang untuk mengeratkan ikatan dengan si manja.

Baca Juga: 10 Sabun Mandi Bayi Baru Lahir Terbaik & Popular Di Malaysia

semoga bermanfaat untuk ibu-ibu

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *