10 Tips Agar Anak Berselera Makan yang Ibubapa Perlu Tahu
Berikut tips agar anak berselera makan yang ibubapa boleh gunakan sebagai panduan.
“Aku risau anak aku ni.. tidak mahu makan. minum susu saja padahal umur dia, sepatutnya pandai makan sudah.
Tengok anak jiran sebaya anak aku, tapi makan kuat, makan nasi, buah dan macam-macam.. risaulah, ada petua ka?”
Antara keluhan si ibu.
Baiklah! kami akan berikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan oleh ibubapa diluar sana.
10 Tips Agar Anak Berselera Makan
Antara tips yang ibubapa boleh cuba agar anak berselera makan, adalah;
1 Appeton
Pemberian appeton merupakan alternatif terbaik dalam membantu si manja memperolehi selera makan yang baik.
Tips ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya merupakan cara yang agak popular di Malaysia.
Appeton memang terkenal sebagai vitamin untuk meningkatkan tumbesaran anak dan menaikkan selera makan anak.
Oleh itu, ramai ibubapa jadikannya sebagai makanan tambahan untuk si manja.
Jika anda ingin membelinya, anda boleh dapatkan secara online di Shopee.
2 Vitamin C
Vitamin C jenama ini juga antara yang popular di Malaysia.
Ianya membantu anak lebih bertenaga, kuat makan dan tingkatkan sistem imunisasi dalam badan.
Dengan itu, pengamalkan vitamin C sangat membantu ibubapa di luar sana dalam memastikan selera makan si manja menjadi lebih baik.
Jika anda ingin membelinya, anda boleh dapatkan secara online di Shopee
3 Menyediakan Makanan yang Pelbagai
Selain nasi, apa kata anda pelbagaikan makanan untuk anak anda.
Makanan bayi seperti bubur, pizza, spagetti, oat dan lain-lain lagi pasti membuatkan anak anda tertarik.
4 Motivasi Anak
Jangan lupa, emosi anak juga penting.
Antara motivasi yang boleh anda berikan adalah;
- Motivasi anak dengan menceritakan kelebihan makan sayuran
- Cara untuk jadi kuat seperti superhero pujaannya
- Sediakan babychair feeding dan macam-macam lagi.
- Anda juga boleh membelikan hadiah kepada anak sebagai motivasi.
5 Sediakan Aktiviti yang Pelbagai
Semakin anak bergerak aktif, semakin lapar si Manja. Maka dengan itu, sediakan pelbagai aktiviti yang sesuai agar mereka dapat bergiat aktif.
Apabila sudah lapar, berikan mereka nasi dan makanan selain dari susu. Ia juga adalah salah satu cara tambah selera makan anak.
Anda boleh membeli gelongsor bayi atau basikal dan biarkan anak bermain sepuas-puasnya sejam sebelum makan.
Mereka akan terasa lapar dan kemungkinan akan mengambil makanan yang anda sediakan.
6 Makan Bersama Anak
Selain itu juga, meluangkan masa makan bersama anak juga merupakan idea yang bagus.
Ianya akan membantu menarik minat si manja untuk lebih berselera.
7 Hias Makanan Secara Kreatif
Hias makanan dengan kreatif juga alternatif terbaik untuk menarik selera makan anak dengan mudah.
Makanan yang dihias kreatif seperti bentuk muka dan lain-lain bentuk lagi akan membuatkan anak tertarik dan ingin makan sambil bermain.
Anda juga boleh melakukan hal yang sama untuk bekalan anak ke sekolah.
Baca Lagi: Bekas Bento [Lunch Box] Terbaik Di Malaysia
8 Biarkan Anak Makan Bersepah
Sekiranya anak baru mula makan, biarkan dia makan dengan caranya sendiri.
Cara ini mungkin agak mencabar kerana ianya pasti bersepah. Namun, ibubapa perlu faham bahawa ianya “proses” untuk si Manja.
Jika kita memarahi dan menghalang mereka, mungkin itu akan mematikan moodnya untuk makan, malah sukar lagi untuk tambah selera makannya.
9 Jadikan Makan Sebagai Aktiviti
Makan adalah rutin harian, tetapi anak mungkin menganggapnya sebagai aktiviti yang tidak menyeronokan.
Oleh itu, anda boleh mulakan aktiviti makan sebagai aktiviti yang menyeronokkan di rumah.
Sediakan makanan mereka seolah-olah set makan mainan untuk mereka melakukan aktiviti.
10 Beri Peluang Anak Buat Pilihan
Sesetengah anak akan lebih suka makan makanan yang dia inginkan sahaja. Oleh sebab itu, beri dia peluang membuat pilihannya sendiri.
Namun ibubapa perlu ingat bahawa kualiti kesihatan anak tergatung kepada makanan yang di hadamnya.
Selamat mencuba!!
Baca juga: makanan tambahan untuk bayi
4 Comments
Key
Thanks info..
Pingback:
Pingback:
Pingback: